Apa? Malas?

Assalamualaikum w.b.t

Maybe benda ini macam something yang seriously common to you all.

Heh. Malas je pun. Biasa la kan.


Allah.  Heh bangun! Bangun. Malas bukan sifat mahmudah. Malas tu, sifat mazmumah. Mana mungkin mazmumah di biasakan dalam diri seorang mukmin? Waktu lapang digunakan untuk bersuka ria. Waktu senggang digunakan banyak untuk tidur berpanjangan. Maybe lupa, ada manusia yang mencari-cari peluang untuk menuntut ilmu, dan kita sia siakan peluang itu dengan sifat malas kita!


Kita. Kita semua. Aku, kau dan dia.


Maybe ada yang cakap.


"We need to enjoy le bro sis. Assigment tu tolak tepi. Esok lusa boleh siapkan."


Well, true. But enjoy yang macamana? Rehat yang berlebih-lebihan, bukan enjoy namanya.Kalau nak celebrate dan siap assignment dengan pergi Mid Valley sepanjang minggu bukan enjoy namanya. Serious talk. Bukan enjoy.


"Eleh malas sesesekali je. Lain kali tak buat lagi."


Engko yakin? Engko yakin tak buat lagi? Hey c'mon. Benda baik ke buruk ke kalau first try, memang rasa nak try lagi. Percayalah. Kalau benda baik tu, okay lagi. Sebab benda yang bawa manfaat kan. Tapi kalau sebaliknya? Dikategorikan lagha.


Malas tak bagus untuk diri. Tak bagus. Noktah.


Siapa pula cakap bagus?


Kita. Kita dan perbuatan kita. Kita tak kisah dengan sikap malas ini. Kita tak kisah kalau tak siap tutorial. Kita tak kisah kalau ponteng kuliah. Kita tak kisah tidur awal bangun lambat sebab malas nak buat kerja, baca buku, study, tuntut ilmu and so on. Kita tak ada rasa apa apa kalau lambat lambat pergi kuliah, lambat lambat pergi kerja. Sebab dah terbiasa. Dah terbiasa dengan sikap majoriti masyarakat kita. Lantas, siapa yang ingin jadi luar biasa di sini?


Maaf cakap. Tapi yang dapat aku lihat, yang banyak malas dalam kalangan orang kita juga. Orang melayu. Malu rasa tengok non malay yang rajin melampau lampau. Hardworking. Kerja keras. Because they know, knowledge is precious. Mereka tahu, ilmu itu bukan 'perkataan' ringan. Dan malas bukan pilihan mereka. Mereka memilih untuk rajin. Sebab mereka tahu, malas boleh membunuh mereka.


Waktu tengah mid term ni la, baru tetiba nak rajin. Dan kita jadikan macam-macam alasan untuk kita benarkan perbuatan kita.


"Kitorang bukan study last minute. Kitorang study till the last minute."


Hah. Betul sangat. Study till the last minute tu merupakan study yang macamana? Bukan lah aku nak tekankan jangan study langsung last minute, sekurang-kurangnya kita study juga. Tapi bukankah lebih elok, consistent in studies? Study pun kena istiqamah tahu!


Apa agaknya perasaan Rasulullah kalau dia nampak umat baginda sedang bermalas-malasan? Apa agaknya perasaan Rasulullah bila baginda nampak umatnya sedang tidur panjang di medan perjuangan? Opps. Bukan haram tidur tu. Tapi berlebih-lebihan dalam tidur tak ke boleh bawak migrain? Okay aku la tu. Tidur lebih-lebih tanda kita ini malas la. Sedangkan kata Hasan Al Banna, kewajipan melebihi masa!


Banyak lagi perkara yang kita perlu settle kan. Banyak lagi perkara yang kita perlu pelajari. Kalau malas, macamana nak buat semua tu? Kalau malas, dakwah entah ke mana la kan? Kalau malas nak berdakwah, macam mana islam nak sampai ke hati orang bukan Islam?


And yet, kita nak bising-bising bila mereka hina islam. Tak perasan ke dalam diri kita ada perbuatan atau sikap yang sudah menghina islam?
Malas!


Ya. Malas untuk buat apa apa sahaja itu merupakan satu penghinaan. Tidak Allah jadikan kita untuk bermalas-malasan.


Maaf kalau ada terkasar bahasa, terasa hati. Maaf dan maaf again.
Malas tu, bukan sikap khalifah.


"Student Malaysia suka tidur dalam kelas. Kalau Islam sampai di Tanah Melayu dahulu, sudah tentu rakyat India tidak merasa nikmat Islam."


CREDIT: http://tulisan-dakwah-aku.blogspot.com/

Tersentap aku baca. Haha xD Thank you sebab dah sedarkan saya yang pemalas ni. Hehe :)

4 Comments ❤️:

Unknown berkata...

Nice sharing..rajin2 tau..jangan malas...

Salam kenal.. :)

Cik Anggur berkata...

http://cikanggur10.blogspot.com/ follow balik

Cuya berkata...

Assalamualaikum ;D

saya jual iphone,samsung,oppo,powerbank dan gadjet lain.
jemput singgah blog saya

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

dan ig saya @nurnasuha96_

whatsapp : +60196117811