Semalam Facebook dan Twitter kecoh apabila ikatakan seorang penyokong Malaysia hilang sewaktu perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.
Berita terbabit hanyalah palsu dan salah faham kerana Ahmad Firdaus sebenarnya sudah selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan pagi semalam. “Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang."
Dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta. Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air.
sumber copy : http://www.budakbotak.com/2011/11/ahmad-firdaus-arham-hilang-di-stadium.html#ixzz1ebC0DmTI
1 Comments ❤️:
Terkujuzz jer
Catat Ulasan